1 September 2013

Just My 2cent : Menghadapi Cinta Jarak Jauh


Assalamualaikum semua!

Woww. Dah seminggu tak mencoret kat sini. Rasa rindu pulak di hati ni. Sedar tak sedar dah bulan September seyhhh ~_~ Haaa kali ni aku ada satu topik nak share dengan korang korang semua!

"Cara menghadapi CINTA JARAK JAUH"


Kihkih, Aku rasa topik ni cam best nak dibincangkan tapi yang cam tak bestnya bila kena batang hidung sendiri :'( Dengan takde pengalaman langsung menghadapi situasi ni, tapi aku cuba bayangkan apa yang aku perlu buat kalau aku berada dalam situasi ni. Aku nak praktik sekali. Bukan main cakap je. Hahaha.

Nahhhhhhh. Here we go.

"Ntah ntah nanti dia akan jumpa yang lebih baik lebih sempurna dari aku bila kat sana nanti"

Yeahh aku percaya ini adalah salah satu perkara utama yang akan bermain di minda korang bila pasangan korang berjauhan dari korang, walau banyak mana pun kita percaya dekat dia, pasti ada jugak walau 0.01% terbit rasa ragu ragu tu pada si dia kan? Aipp! Jangan tipu kalau ada yang kata 100% percaya kan dia. Tapi walau macam mana sekalipun, jangan biarkan rasa ragu-ragu tu memakan diri. Buang jauh-jauh! Kalau nak hubungan kekal, kenalah saling percaya, sebab sifat ragu ragu tu yang kadangkala akan menimbulkan pergaduhan. Kalau boleh sentiasa semaikan rasa positif dalam diri korang, tetap kekal akrab macam dulu, baru hubungan tu akan still maintain je, macam time dekat-dekat dulu, tak gitu? :)

"Dia setia tak bila dah jauh dari aku?"

Haaaaa. Kalau kita mengharapkan seseorang itu setia dengan kita, kita pun kena lah setia dengan dia jugak :D Sentiasa jaga kelakuan dan batas pergaulan korang supaya tak timbul salah faham di kemudian hari. Yelahh. Lelaki mana nak tengok orang yang dia sayang rapat dengan orang lain begitu jugak sebaliknya perempuan >< Andai kata diri sudah mulai diragui kesetiaan pasti susah untuk kita meraih kepercayaan darinya lagi :') Jadi masa ni lah kena buktikan kesetiaan korang kayy! Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih lebih lagi kepercayaan yang diberi oleh insan tersayang....


"Dah jauh nanti mesti langsung tak dapat jumpa. Mungkin ini pertemuan terakhir kita..."

Jangan! Jangan pernah anggap atau berputus asa bahawa saat saat terakhir sebelum korang berjauhan tu adalah detik terakhir pertemuan korang! Memang aku faham cinta jarak jauh ni memang sukar :'( Memang meronta ronta hati ni bila rindu tu datang. Tapi kena ingat, jangan jadikan jarak jauh tu sebagai pemusnah cinta. Jadikan benda tu satu CABARAN untuk korang meneruskan cinta tu. Prove it. Cinta perlukan komitmen bukan? Masing masing kena amik masa untuk berjumpa, bukan lah suruh jumpa tiap minggu atau bulan, Perghh memang kopak lah duit kalau macam tu. Kena faham jugak kadar kewangan pasangan tu. Cuba lah cari waktu dalam 2 Bulan sekali ke, ikut kemampuan korang lah kan, untuk berjumpa :) Jangan tak jumpa langsung pulak. Bagi yang belum biasa tu, sakit memang sakit kalau yang dah selalu depan mata tu. Mesti akan terasa sangat sangat kehilangan orang yang kita sayang kan :') Sabar tau? *Pujuk diri sendiri*

"Awak sihat tak? Mesti jaga diri elok2 tau..Take care always..." 

Sering bertanya khabar pasangan korang. Kalau part yang ni senang je kan nak buat? Sentiasa lah rajin rajin kan diri untuk bertanya khabar pasangan kita tu. Tanya lah dia sihat ke tak. Sambil sambil tu, selit selit lah sikit nasihat untuk dia lagi kalau yang jenis degil sikit tu :P Korang kena tunjuk walaupun korang jauh, korang still tetap boleh caring untuk dia. :') Jangan sampai orang lain pulak takeover kat sana yang take care pasal si dia. Ehem! Mintak dijauhkan.

"Selamat ulangtahun hubungan kita yang ke blabl, sayang.."

Walaupun dah jauhm jangan jadikan benda tu satu alasan untuk korang lupa tarikh tarikh penting dalam hidup korang berdua. Jangan lupa bagi wish yang agak agak sweet cmtuh kat si dia yang tersayang. Biar dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidup korang. Buatlah benda sweet2 sikit, macam contoh hantar surat ke kan. Ye lah, dalam zaman serba canggih ni, ramai yang anggap surat menyurat ni dh tak relevan tapi apa salahnya kalau cuba sesuatu medium yang baru. Howw sweet. Haha. Walau pun tak dapat bersua muka, kita boleh tunjuk dan lahirkan rasa sayang kita dengan cara yang berbeza....

Dan yang paling penting sekali, BERDOA. Berdoa untuk si dia dan doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kita yang mencorak warna kehidupan kita tetapi PERANCANG dan PENENTU jalan kehidupan kita yang sebenar-benarnya adalah Allah :-) 

Allah is the best of our planners 
P/s : Imissyou :)


81 comments:

  1. wah....wah...cinta jarak jauh? entah...tak pernah rasa lagi...haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem. Lajunya comment! Hahaha. Tu la kalau dah rasa tu mana tahu boleh guna tips tips ni :3

      Delete
    2. kenalah laju kak...heee klu blh x nak...ekeke... =3

      Delete
    3. Toksah lewww dikkk. Sakit. Pedih. Perit KataKawww.

      Delete
    4. wahh...taiko cinta akak kita ni...haha! ;P

      Delete
    5. Taiko lah sangat. Banyak pengalaman je lah katekan. Hahahaha

      Delete
  2. ohohh! amat mnyeksakan nampk? *x pernh rasa lagi.... ouchh!

    ReplyDelete
  3. kenal melalui tepon, terpisah sejauh 400+KM, contact jarang2, insyaAllah kami kahwin tahun depan :)

    ReplyDelete
  4. saya alaminya skrg :')
    sukar mmg sukar,gaduh jgn ckp la mmg byk kli..
    tp still together..ehe..
    yg pntg kpercayan n tolak ansur ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke gaduh? Erm setakat ni belum gaduh-gaduh lagi.
      Kalau boleh nak elakkan :'c Heeee, Wahh still together?
      Baguslah kalau macam tu ><

      Delete
  5. banyak dugaan cinta jarak jauh ni.. betul-betul menguji keimanan dan kesetiaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Takut sangat sangat kalau tak mampu hadapi dugaan tu. Mintak mintaklah semua dipermudahkan ALLAH :')

      Delete
  6. mmg kreatif.. entry nie mungkin biase tp fiza jd betul2 minat nk bc sbb kiut sgt..long distance relationship mmg penuh dgn dugaan dan cabaran.. capel kne jujur dan trust each others.. in sya allah akan kekal..salute org yg boleh hadapinya sbb fiza sendiri pun x mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh. Panjang sangat kan kita tulis? Malam tadi lah punya banyak idea mencurah curah. Tapi ni tulis mana yang sekadar perlu je xD In shaa Allah kekal ye dear. Doakan :D Saya pun tak mampu sebenarnya. Kena mencuba jugak :')

      Delete
  7. hehehe..mun dah nak dekat 5 tahun dah long distance relationship ni..hahaha..yg penting jgn ragu2 dgn pasangan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lamanya mun! Kita 4 tahun. Thanks sudi komen :) Baru kita tak rasa keseorangan hadapi situasi macam ni. Okay okay InShaaAllah tak ragu ragu. ♥

      Delete
  8. Cinta Jarak Jauh memang best.... bnyak kelebihan nyaaa.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang tuh kepercayaan kita di salah pakai..sebab itu susah mahu percaya, saya dah 4 tahun dah hubungan jarak relationship..kadang2 tuh sering juga bergaduh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuuuu kalau boleh nak elak dari bergaduh sebab jauh jauh susah nak settle :'(

      Delete
  10. biasala kn kita perempuanni suka jgk pkir yg bukan2..bila terpikir cepat2 kna buang klu tak ..mendung je kita..yang penting kena byak2 bersabar..selalu berhubung ngan dia..sekarang ni ada we chat..blehla buat video call ke..ok jgkkn..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yeah2 video call pun jadik lah daripada tak tengok , terlepas gak rindu tu >.<

      Delete
  11. msuk ni kali kedua sy bercinta jrak jauh =) tp yg 1st mmg xjd..kena tipu bulat2..tp xpelh..xde jdoh kot..mmg bab bercinta ni xboleh percaya sgt..walaupn hbgan 2 dah ikat..kalau dia jauh dri kta, kenalh selalu jenguk..bab berdoa 2 stuju sgt2..

    ReplyDelete
  12. cinta jarak jauh memang mncabar, kdua belah pihak mmg perlu memainkan peranan. setia, jujur tu yang paling penting. :)

    anyway, jemput follow blog sy

    http://nyssazainalabidin.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baik boss! Thanks sharing pendapat ><

      Okay. Nnti saya jengah ke sana ya :)

      Delete
  13. hewhew..ada pengalaman nih. iqa xdak lagik. tapi iqa selalu jugak baca novel.n pernah baca blog org yg bercinta jarak jauh ni. apa?? pjj?? perkahwinan jarak jauh?? hehehe..mcm sweet plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklaa , kita takde pengalaman lah iqa . Baru je nak bermula pengalaman tu . Hihi ^,^ Haaaa ramai jugakk kata sweet , jauh jauh lagi lah kita hargai percintaan tu :D Orang kate lah . Heeee

      Delete
  14. Bg sy, cinta jarak jauh ni byk suprise. Kita tengok dr sudut positif. Cth; lama dh tak jmpa kn, till one day tu dpt jmpa balik. Kemanisan cinta & kekuatan hbgn tu akn lbh terasa sbb msg2 beri effort utk slg berjumpa. Takkan pernah jemu klu nak jmpa, kn? :) Tp yg plg penting LDR ni adalah nilai percaya, kejujuran, keikhlasan mencintai & kesetiaan. Sweet. Sy sukakan suprise dan skrg sy jg tgh bjauhan dgn psgn sy tp kami xpenah ragu sesama sendiri sbb adanya sifat setia & slg pcaya. :) Semoga berbahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee sapa je lah yang tak suka suprise? Woww. On my way to do it. Tapi taktahu kinda suprise yang macam mana ^,^ Yup. Kena tengok banyak dari sudut positif jugak LDR ni , kalau asek tengok negatif je memang jawabnya ke arah negatif lah hubungan tu :O Amin. Terima kasih doakan kebahagiaan saya :)

      Delete
    2. ada tau jenis yg xsuka suprise. :) Apa pun, sama2 kita doakan setiap pengorbanan ni akan dtg kemanisan pd akhirnya. ^_^ InsyaAllah.

      Delete
    3. Huwaaaa ade jugak erk? Sapa lah orang yang bertuah sgt yang tak suka suprise tu? Hahaha xD Thanks dear :) In Shaa Allah ..

      Delete
  15. Nice entry, boleh jadikan panduan ni.

    ReplyDelete
  16. nice entry.. paling penting percaya antara satu sama lain. ^_^ kalo dah jodoh xkemana ye dok ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp-yupp, setuju! :) Walau terpisah beribu batu, kalau memang jdoh tu ada, ada lah :)

      Delete
  17. bagus entry ni azwa... hihi..... pada yang becinta jarak jauh kena lah ikut tips di atas... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah ni pendapat Azwa je. Kalau nak ikut boleh je (:

      Delete
  18. Bukan senang. eh, tapi tak pernah rasa pun :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak senang. Tak senang duduk. Haha!

      Delete
  19. nasib baik kita ni single. uhuk2 huhu

    ReplyDelete
  20. haha nseb baik bukan long distance relationship :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa untunglahh Leen. Benda ni pun kita tak pernah terfikir nak rasa sebenarnya :)

      Delete
  21. nasib baik kita single.. haha!

    ReplyDelete
  22. nasib baik yang tersayang dekat.. heheeee ...
    eh, study lagi ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe untunglahh :D Tak lah Ain, Saya dah kerja :)

      Delete
  23. tak sanggup rasanya nak jauh2.. kalau dalam semenanjung, ok lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana. Atas tuntutan pelajaran ='(

      Delete
  24. hubungan jarak jauh mcm susah je..kalau pasangan btol2 setia mungkin boleh kot tapi still ada rasa curiga jugak kdg2 kan. lebih baik yg depan mata je la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalau nak setia tu takde masalah. Cuma dugaan tu je. Beratnya alahai. ='(

      Delete
  25. hubungan jarak jauh ni macam2 dugaan. yang penting jujur, sabar n memahami antara satu sama lain. wish you gudluck ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun rasa macam tu jugakk. Haihhhhh. Doakan kita mampu sabar lah hadapi dugaan ni. Thanks Nawal ^,^

      Delete
  26. sekarang memang tengah lalui hubungan jarak jauh . .
    waaaaaa sedih sangat ! dah berapa lama tak jumpa . .
    masing-masing still belajar jadi masalah laa kan . .
    masalah belajar, kewangan lagi . .
    gaduh tuu jarang sangat selalunya merajuk macam tuu je
    sama-sama tolak ansur . . yang penting SETIA dan KEPERCAYAAN :)
    Selalu pesan kat dia "Jaga mata, jaga hati" hee
    entry yang menarik . . full mark for you . . hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaaaaaaa sama lah kita T___T
      Kita pun risau ni macam lah nak jumpa jauh jauh macam ni, masa dah makin terhad, tak macam dulu, si dia belajar, Azwa pulak kerja :'( Tapi kalau masing-masing belajar mungkin agak berat jugak kot dugaan. Mungkin dugaan kita tak seberat awak :( Hehehe memang! Kadang-kadang rasa nak merajuk je, tapi taknak lah gaduh gaduh sebab kalau dah jauh meman gsusah sikit nak jumpa untuk settlekan an :D Hehe. Sweet lah pesanan tu. Untunglah si dia. ^^ Semoga kalian berbahagia juga. Amin~ :) Thanks. Entry ni based on my sense je. Hihi

      Delete
    2. @Nur Azwa : Sama laa kitakan . . Pinjm bahu nak nanges . . hehe . . Semoga hubungan awak dengan si dia sentiasa bahagia jugak :D

      Delete
    3. Ain , ye sama . Huwwaaaaaa saya pun rasa nak menangis je sekarang ni :'( Boleh je nak pinjam bahu. Mehh aaaa

      Delete
  27. experience aku, 3 tahun Percintaan Jarak Jauh, 1 tahun Perkahwinan Jarak Jauh.

    ReplyDelete
  28. pernah juga cinta jrak jauh, stahun tu 2-3kali je jumpa.. hehe..dlu la..

    ReplyDelete
  29. dulu seblm kawen bercinta ngn bf jarak jauh.. last2 jodoh depan mata jerk. cinta jarak jauh nie byk dugaan.. kena kuat mental. nice sharing... ^^

    ReplyDelete
  30. cinta jarak jauh ni kena banyk sabar dn jgn letak hati kita betul2 syg kat dia.. sbb bila happen something kat sesuatu hubungan tu nanti kita yg kecewa...

    buat mcm akak ni.. dulu dgn suami cinta jarak jauh jugak... jumpa sebualn sekali je... bkn semua lelaki boleh bersabar dn ikut keputusan kita... so ape yg akak cakap kat suami, klu dia sanggup tunggu dn ikhlas dgn akak, sila hormati cara akak berkawan... klu tak sanggup dgn cara akak, sila cari org lain yg boleh ikut rentak dia... jadi, masa ni lah nak uji dia setia atau tak... the end dia sanggup tunggu dan 7 tahun kemudian masuk meminang dan kami kahwin... =) happy ending... semoga berbahagia ya dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau saya ni terbalik kot kak. Saya yang menunggu sekarang ni. Hehe.

      BEST yang part happy ending tu. Hihi

      BERCINTA lama-lama akhirnya pengakhirannya manis macam tu. How sweet :) Sebab selama ni banyak kita disogokkan dengan bercinta lama-lama jauh-jauh agak 'sukar' nak kekal.

      In Shaa Allah mudah mudahan pengakhiran saya pun macam akak jugak. Walau lama macam mana sekalipun.

      Amin ya rabbal alamin kak. *Hugs*

      Delete
  31. wew..susah nk lepas rindu kalo jauh2...sabor je laa..

    ReplyDelete
  32. mntak djauhknla sebegini .. if terjdi hope kedua2nye jujur antra 1 sma len ..

    ReplyDelete
  33. iA ok je kalau dua2 pandai jaga diri dan saling percaya..sy bercakap dari pengalaman..hee :D

    ReplyDelete
  34. Jangan jadikan jarak yang jauh itu pemusnah cinta tetapi jadikan ia sebagai penambah kasih sayang kita kepada si dia.walaupun jauh dimata tetapi sentiasa dekat di hati...Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup adik..:) norazhobbies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh sangat kak :'( Tak terkata. Huhu. Amin. Sy doakan akak bahagia jugak. Dunia Akhirat. :)

      Delete
  35. saling mempercayai itu sgt pnting

    ReplyDelete
  36. kalau cinta kerana nafsu semata memang lah susah dan mungkin tak ke mana, tapi kalau kerana Dia, insha Allah sampai ke jannah.. usaha dan doa lah untuk yang terbaik, walau pun jodoh, qada dan qadar tu milik Allah tetapi kita tak tau mungkin yang kita doa dan usaha itulah ketentuan kita... wallahualam, apa2 pun all the best to you and your loved one :D

    ReplyDelete
  37. jan nanges yee ..
    hihihih
    btw, kite pon sme gak :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke fahira? kuatkan semangat. kita pun sama-sama hadapi benda ni :')

      Delete
  38. memang banyak cabaran dan dugaan cinta jarak jauh ni.perlu sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pasangan..:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu . Hehehe cabaran banyak sgt2 . Baru seminggu ni rasa macam bertahun lama dah ni . Smoga saya boleh buat mcam apa awak usulkan tu. Huhuhu. Tq dear T_T

      Delete
  39. bukan senang nak bercinta jarak jauh ni.. tapi bukan jugak susah.. hehe. xde pengalaman pon. hihi okbai :P

    ReplyDelete