29 September 2013

Ubat Mujarab Selepas Break Up

Orang kata benda paling sakit dan seksa selepas sayangkan seseorang tu adalah putus. Bermaksud tiada ikatan official yang terjalin antara dua insan. Apa kau boleh buat? Teriak? Menangis tahap basah lencun bantal busuk kau? Rasa nak jerit, nak luahkan semua, tapi yang kau mampu rasa cuma kosong? Rasa roh kau secara perlahan-lahan ditarik, umpama jasad yang tak bernyawa. Kau nak tahu apa yang lagi perit dari putus cinta? Yang lebih sakit?

MOVE ON.
Fasa paling dibenci. Masa ni la semua lagu cinta kau caci, semua novel jiwang kau campak tepi, kalau kat tepi jalan nampak couple pegang tangan rasa nak sumpah seranah. Automatically kau teringat balik kenangan-kenangan lama korang. Pantang kau sensorang aja terus meroyan. Balang tubuh kau penuh tenaga negatif. Ada ke orang gila yang suka fasa moving on? Ada. Maybe orang yang mintak break up tu kot. Haha! Okay tak kelakar.


Makan, tidur, online, meroyan, menangis. Repeat that all day, rutin kalau tengah move on. Pastu stalking. Itu perkara biasa. Kalau boleh, ada satu tab memang bukak Facebook ex kau tu aja. Sendiri cari pasal, pastu sakit hati. Pastu depress. Ah, perkara normal betul. Esok lusa tetiba masa kau stalk dia, tiba dah pandai tegur perempuan/lelaki lain. Kau jeles? Ooppss, bantal kau pun masih basah lagi menangis sebab dia, memang lencun balik la jawabnya. Benda macam ni boleh buat orang jadi gila, kan? Takpe, aku sarankan kau chill aja dulu.

Kalau dalam fasa nak move on ni , ada certain things yang kau boleh / tak boleh buat. Aku senaraikan fasa-fasa tersebut kepada lima.



Pertama sekali! Buang semua pemberian si dia dan segala yang berkaitannya. Fasa pertama macam ni memang paling perit, ye aku tahu, air mata jatuh automatik, you just can't help it. Tapi siapa cakap senang? But it's the right thing to do! Unfollow terus, unfriend kat Facebook, buang contact, delete conversation, alihkan semua barang masuk dalam kotak, letak tepi. Buat apa mengenang benda yang lama? Nanti kau sendiri yang sakit bukan? 
Kedua!Beri motivasi pada diri sendiri! Wajib kena naik kan self-esteem, be confident about yourself.  Kau tulis lah apa-apa yang positif dekat blog ke, dekat facebook ke, tweet ke, anything else yang boleh jadi medium untuk kau menceriakan diri kau. Tunjuk yang kau KUAT walaupun kau tengah hadapi dugaan! Kadang-kadang kau terpaksa jugak mem'FAKE' kan senyuman kau kat depan orang lain. But it's better! Dari kau termenung je tanpa buat apa-apa, akhirnya makan diri kau sendiri jugak nanti. Kalau bukan diri kau sendiri yang memotivatekan diri kau, siapa lagi kan? It should be start from ourselves first. Faham tak maksud aku?
Ketiga!Cuba bergaul dan make new friends. Orang cakap kalau nak move on ni, kena cari rebound. Eh, tak semestinya. Rebound ni keji doe. Keji sebab gunakan orang lain yang tak bersalah semacam pengganti untuk hubungan kau yang terputus di tengah jalan sedangkan kau tak ada apa-apa perasaan pun pada dia. Please dear girls and boy! NO!. No one deserved to be involve in it. Aku nasihatkan baik kau jangan berani cuba-cuba nak rebound relationship ya! Why not kau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don't be a desperate! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti kau akan terkenang-kenang.


Keempat! Luang masa untuk diri kau sendiri. Cari masa untuk diri kau. Manjakan diri kau. Hamboi kemain lagi manjakan. Nampak sangat selama ni kau manjakan orang lain je kan?!! --' Go travelling ke, roadtrips*tu pun kalau kau banyak duit la*dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random. Jangan nekad bunuh diri ke apa bawak lelaju, tak ke naya kau bawak membe kau sekali sambil laju-laju drive. Haha! Kalau perempuan ni aku sarankan keluar buat foodhunting je! :D Chatime ke, Cakes, Chicken or whatever lah yang sedap-sedap. Kita kalau makan sedap-sedap kan mana nak ingat dunia betul tak? Heheh. Dont forget to get some adrenaline rush, baru semangat sikit kan nak hidup. Jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah..
Dan paling penting sekali, kau kena ingatkan diri kau, dalam dunia ni tak ada yang kekal abadi melainkan Tuhan kita yang satu tu. Kalau bertunang pun boleh putus tiba-tiba, yang berkahwin anak empat pun boleh bercerai-berai beb. Buat-buat lah mengucap kalau ada terasa anasir-anasir jahat yang cuma pengaruhi diri kau. Sebelum kau jumpa dia, boleh je hidup kau bertahun-tahun tak ada dia? Haaa cuma lah nasihatkan diri kau tu macam tu selalu. Nothing is impossible. Jangan fikir banyak. Lepaskan je dia yang nak pergi. Kalau merayu meroyan pun tak ada gunanya jugak. If it's meant to be, then it will be.

Dah dah. Lap air mata tu.
Satu hari nanti mesti ada yang sudi sapukan air mata kau tu.
Kena kuat. Okay?
:)

110 comments:

  1. sidia tu kacak ye...gambar di sebelah....

    ReplyDelete
  2. Pernah break-up lepas tu menangis tak ingat dunia. Kerja dengar lagu jiwang aje. Hahaha.

    Tak lama kemudian, serah diri pada Tuhan. That way memang rasa lebih baik. Itu yang saya buat bila frust.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh saya sendiri tak ingat bagaimana, apa yang saya dah buat semasa saya break up. Wakaka.

      Benda lama. Buat apa nak diingat. Tapi seingat saya, saya cuma berpatah balik ke norma asal saya.

      N then try chilling and happykan diri.

      Sebelum saya bersedia menerima orang lain dalam hidup saya, saya dah siap sedia, meyakinkan diri saya supaya tidak lagi dari menyimpan sebarang perasaan terhadap yang lama.

      Akhirnya berjaya! Heeee. Berserah pada tuhan itu yang paling mujarab. Percayalah :)

      Delete
  3. Sya mkn byk2 masa break up dulu2..huhu..mengubati kesedihan..huuu

    ReplyDelete
  4. Panjang lebar giteww nasihatnya. Sesuai untuk adik-adik remaja diluar sana yang tengah masyuk bencinta dan kemudia putus ditengah jalan pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bosan bosan kak! Tu yang panjang lebar punya nasihat. Takdelah nasihat sangat.Tips jela kot. Dak-dak zaman ni kan banyak yang bercinta tak hengat dunia :3

      Delete
  5. kadang2 kita ni cakap mg senang tp tak sama dengan bebanan org yg memikul tu`~ c;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bercakap atas dasar pengalaman saya.Heeeeee:)

      Delete
  6. salam...nice entry i love it...
    n miya sokong 100%...
    insyaAllah nanti satu hari kita akan bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Thanks miya! Heee inshaaAllah :)

      Delete
  7. Entry nie sgt membantu n buat sy senyum sorang2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee syukur kalau dapat buat awak tersenyum :)

      Delete
  8. haa memang betol pown 5 cara nak move on tu. tp kalau dua2 masih sayang dan ptus atas sebab2 tertentu 5 cara tu tak memberi kesan. alahai. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ni means putus yang betul2 salah satu daripada yang mintak lah, kalau dua-dua masih sayang, agak sukar jugak lah. Ni bergantung pada individu tu sendiri :)

      Delete
  9. ahha! nice tips..kena bagi kawan JM baca ni...haha! lps ni, sure dia lagi sumpah seranah dkt JM...dia pun baru ja break..hmmm..susah2...yg lagi susah bila dia suruh JM bayangkan klu JM ada dkt tempat dia..heh? apahal? manalah kita tau..kan azwa? hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi jangan tak bagi syg! Heeee alamak, jangan lah sampai dia sumpah seranah. Huuuuu. Lain orang lain caranyaa. Suruh dia banyak banyakkan bersabar. Semua terletak pada dia sendiri macam mana dia handle break up tu :D

      Delete
  10. wow weeeee.. si kecil ni kan pandai berkata-kata bagi motivasi lagiiii gud gud gud... memang leh di guna pakai oleh manusia yang putuih cinta ... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kecikk ke? Kita dak besaaa lah kak >< Terima kasih kak. Nak guna tu, gunalah mna yang boleh diambil :)

      Delete
    2. umo brpa skrg ? belas2 ka 20 an ni hhehhehehee.. buat masa la ni akak tak alami dh sitausi cm ni. sebab dh tua dan selalu terjadi sebelom ni so hati pon dh kentallll , kering kontang tapi cadangan dan saranan adik yg kt atas semua tu memang berguna ^_^ tabik spring lah

      Delete
    3. umur 20 lah kak Lieya..ape belas2 lak.. :P Oh ye..Kita tak taruk umur kita kat sini..Hahaha..Thanks akak lieya! ^__^

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sila sila yunk.

      We are in the same situation before. Kehkeh. Hurmm sama jugak macam BF pyka tu. Ada gak yang stalker dia smpai tiba-tiba tup tup nak jadi adik angkat kita. Ish kenal pun tidak. Tetiba ja. Dah putus tu putus jela kan tak perlu nak amek tahu antara satu sama lain.

      Yelaa kalau putus tu just anggap memang dia bukan untuk kita. Mula-mula memang susah kot. Tapi lelama okay lah tu. Sekejap je. Tapi depends pada jenis orang yang kita putus tu. Kalau dia bagi banyak sangat kenangan maybe its more harder i think. Kalau yang tak berapa sangat senang kot nak tinggal. Hehehe. Wahh Mr Betul eh? Congrates. Untunglahh pdot. Kehkeh. Kalau betul pdot memang jodoh pyka, mesti takkan kemana. InshaaAllah lah dear :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hahaha bagi Azwa kalau dah putus tu means everything is OVER okay. Kalau smpai carik adik pdot and kawan2 pdot rasanya perempuan tu meroyan kot.

      What?! Dia buruk burukkan pyka? Agak agak aaa , dia buruk2 kan apa? Series geram dengan orang macam ni. Kita rasa dia memang tak boleh terima hakikat aa yang pdot dengan dia berpisah. But now macam mana? Lepas dah 4 tahun lebih ni pyka dengan pdot dia ada kacau kacau lagi tak?

      Heheh paling penting pyka jangan lupa buat solat istikharah, kalau betul wajah dia yang muncul so just stay jela. Di samping tu dua-dua kena berusaha jugak, tak boleh sebelah pihak je yang bagi effort. Hehe. Yelaa pyka, semoga semua berjalan lancar yerkk. Dah bertahun tahun kan hubungan kita ni. Mesti lah sayang sangat. Heeee... ><

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. hehe yayyyy ! baguslah kalau macam tu , dah takde sape yang cuba ganggu hubungan pyka dengan pdot lagi . girl tu nampak lifeless je asal ? haha. dulu kita takde lah teruk sangat macam apa perempuan tu buat , tapi still bleh berkawan lagi lah dengan pmpuan . just rasa dalam hati ni 'grrrr' tapi dendiam je . eheeeee. baguslahh kalau jenis kawan2 pdot tu dengar apa yang pdot smpaikan and datang mintak maaf. bagus gak tu. susah ada orang nak buat macam tu . baik betul . haha :D ye pykaa , buat taw ! kadang kadang solat istikharah tu beri petunjuk kat kita , Allah bagi petunjuk ikut situ , kalau tu jawapannya , kita stay jela . ye dak ? :D hehe , betul2 , kalau sebulan dua tak sayang sgt kot :3

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa, dia buat kat orang macam tu, tengok jela, Allah tu maha adil, setiap apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Kita tengokkan je pmpuan tu k? :P Haa ! Mula mula nak buat solat tu ermm kita pun takut jugakk , bukan muka dia yang muncul nanti jadik down pulakk , tapi kena tekadkan hati , n lastly , dpat lah petunjuk dari Allah . sebab semua ni Allah yang tentukan :') Kita pun tak boleh nak melawan takdir kan sayang ^_^

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Amin sayang :) heeeee pyka jangan risau , kita sama-sama doa tau :D

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. cakap pasal putus cinta ni sis pon penah alaminya . . tapi alhamdulillah ditemukan dengan seseorang yang lebih baik dan bakal menjadi suami tak lama lagi :) . . allah tu kadang2 nak uji kita . . dya dtgkan yang buruk kemudian gantikan dengan yg baru . . perancangan allah kita tak tahu kan . . apa yang dtg kita kena terima n follow the flow sebab semuanya sudah tertulis jadi kita kena la terima hakikat atas apa2 yang jadi . . kena kuat semangat ~

    tapi lagi bagus kalao kita buat solat istikarah . . mcm kawan sis dya buat solat istikharah slama sbulan dan alhamdulillah allah tunjuk kan sesuatu untuk dya pilih mana yang terbaik . .

    sebelum kita abadikan cinta kita kepada manusia , abadikan la cinta kita kepada maha pencipta kita . .

    dont love too much because that too much can hurt u so much . . haa ingat ayat ni . . hehe . . love u sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee yelaaa akak adik sorg nie dah nak kawen kan? Hehehe :D Tapi betul pew yang sis cakap, dia datangkan yang salah dulu sebelum biarkan kita bertemu dengan yang sebenar benarnya :D Heheh tapi dengan yang ni kita pun buat solah istikharah and dah dapat petunjuk nya . So far resultnya menggembirakan hati kita lah sis. Heee :D Betul2, abadikan cinta pada pencipta kita dulu tu yang lebih baik. Heeee thanks untuk nasihat tu semua sis. Love you more sis ♡♡♡♡♡

      Delete
    2. alhamdulillah kalao result dya menggembirakan azwa . . jadi apa pon jadi kena bertahan tao ! kalao gaduh atau pape duduk satu meja bawak berbincang oke . . jangan ego tu yang penting . . kalao salah sorang mengalah pon tak rugi malah menguatkan lagi kasih syg tu . . acewah jadi penasihat cinta pulak sis ni . . hehehe :p

      Delete
    3. hehehe..tulah pasal..sebab tu stay smpai sekarang..hehehe..ermm susah kot nak duk satu meja lagi sebab dia dah jauhh sis~ :'( biasa kadang2 salah sorang la mengalah,,kadang2 due2 ada degilnya jugak..hekhek..tape laa sis jadi penasihat cinta..sempena 5th Year Anniversary dengan yang tercinta.. dah leyh jadi sifu ni sis!! heee :D

      Delete
  14. cari ramai kawan2 lama2 dapat lar lupakan orang tuuu..

    ReplyDelete
  15. Allah dah sediakan jodoh terbaik untuk kita. be +ve. :)

    ReplyDelete
  16. dulu msa sy putus dng 1st love..mmg rsa giler jugak..kalau pk2 balik..rsa cm bodoh je bt semua 2 he3..last2 igat Allah n join kelab..cuba bz kn diri =) maka skrg dah ok..boleh terima semuanya..tp sy rsa twar plak dgn dak2 permpuan..nk cinta lbih2 mmg x la..rsa better bercinta kaw2 lpas kawen kot..pglaman mematangkn kita =)

    ReplyDelete
  17. yg penting, please jangan dgr lagu sedih...hahahah :D

    ReplyDelete
  18. hukhuk.. sedih.. patah hati ni.. baca entry nii pulak. terasa.. hukhuk :(

    ReplyDelete
  19. Adakan tempoh berpantang contohnya jangan tengok cerita hindustan terutama kuch kuch hota hai.. hehe... :)

    ReplyDelete
  20. follow here..http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/10/1st-ga-of-gangentry.html

    ReplyDelete
  21. auww entry yang paling i loikeee! hihi nanti boleh la aya bg link entry ni kat kawan2 yg ada masalah ni.mereka suka kalau aya bg link2 mcm ni . dulu aya dok bg yg entry kak nurulbadiah lai buat semangat untuk mereka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha malu lahhh! Like ke? Thanksss aya omeyy :) Alamak, tak seberapa kot entry ni kalau nak di share. Tapi terima kasih banyak2 tauu. Woahhhh nurulbadiah tu? Blogger famous amos tu kan! :)

      Delete
  22. Salam dik..mcm tekena kat akak je ni..hehe...tp kan susah nak buat semua tu dik..dlm kes akak ni bkn kes putus tp kes cari pasal..cemburu gitu..adoii....hehehe
    susahnya nak kejar entry adik,nnti kalau guna lappy akak masuk dlm bloglist akak..senang sket nk skodeng..in sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak sayang..:) Yeke??sape cari carik pasal nie?? Nak kena puk nie.. Hahaha.. Susah ke sis?? susah sebab adik jarang update la..!! Hahah.. Baiknya sis nak letak dalam bloglist..adik pun nak taruk jap lagi nie..hehe :D

      Delete
  23. last sekali, mana2 yg ade blog tu luahkan je dlm blog..at least ade jugak kwn2 blogger bg nasihat..huhu

    ReplyDelete
  24. salam kenal..

    tkaa pernah putus bercinta.. alhamdullilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugak. Alhamdulillah. Bgus kalau macam tu :)

      Delete
  25. terbaik la entry ni..saya suka,saya suka..hehehe

    ReplyDelete
  26. betul tu..sokong ke5 limanya...dan yg penting yg last sekali..kita kadang2 sering terlupa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..sokong semua ea??thanks aww! <3 heee :D

      Delete
  27. no1 paling mujarab. selagi tak buang, menghidaplah sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  28. bkn sng nak move on kan? lagi2 kalau dh lama dgn org tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takes time too. But depends pada setiap orang juga :)

      Delete
  29. hai adik awzwa.. teman nak menjemput adik join Giveaway teman.. hadiah2 nya giler2 awesomee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kak .. Baru perasan sekarang komennya.. Huhuh..

      Delete
  30. mengikut pengalaman, semua nasihat diatas tak boleh dipakai buat seminggu dua, mungkin sebulan. Bila hati dah tenang dan ada sokongan dari kawan dan keluarga, barulah mata dan hati terbuka untuk berfikir dan bertindak dengan rasional. Itu pendapat MET. Kalau salah....maaf ye....! salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takpe , masing2 punya pendapat masing2 , terpulang lah . takpe , tak salah pun :) Salam perkenalan ^^

      Delete
  31. Salam. Saya blogwalking sini dan follow awak :)

    Awak suka join contest / giveaway / segmen di blog atau facebook tak ? Kalau ya, jom singgah blog saya sambil usha banyak giveaway menarik dengan tawaran hadiah yang sangat awesome !

    Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi barang mahal secara free xD banyak hadiah menarik seperti tudung, shawl, dress, jubah, cash money, teddy bear dan macam-2 lagi ^^

    Selalu-selalulah jenguk blog saya untuk tengok update giveaway yang terbaru dan HOT. Kalau taknak terlepas mana-2 giveaway baru yg diupdate, jemput follow blog / bloglist blog saya sekali. Tiada paksaan :)

    King Of Contest - http://twinkleeestar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. Salam. Saya siggah sini :)
    Btw nak mintak tolong klik link di bawah ni dan press button LIKE :)

    https://www.facebook.com/aishah.fafa/posts/550188008409273

    Terima kasih sudi tolong ^o^

    ReplyDelete
  33. move on ni kerja payah. Payah kena ada gigih. Jangan sesekali stalk, kalau stalk memang teringat habislah, sekian. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ingat senang ke kalau tak stalk? Tangan mesti gatal punya nak stalk :P

      Delete
  34. doa jek banyak2 pas break up..heheh..doa dapat pakwe lgk hensemm...and owhsem..hehe

    ReplyDelete
  35. banyakkan beramal.... untuk tenang diri...

    ReplyDelete
  36. Sangat perfect ye entry ni hihihihihi <3
    Nasibaik qila takde pakwe ihihihihi TT_TT

    ReplyDelete
  37. nasib baik fiza dah kawen... hehe... tp dulu2 pun bile clash mmg menonggeng jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..serius fizza da kahwen?? igt baye2 kite je..huhu..

      Delete
  38. Nice entry . Done follow awak . http://itisstories.blogspot.com/

    ReplyDelete
  39. Hmmm, xde pengalaman break up or start up. Harap2 tak akan lalui pengalaman ni. Nak kawin jer terus. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau boleh jangan lah rasa pengalaman macam ni. Menyakitkan je kot. Bagus2 kalau nak kawen terus! Ngeee :D

      Delete
  40. Nice entry. Benda nih biase lah terjadi kan? Hihihi. Janji jngan smpai stress and buat bende tak elok dah lah. :3 Pape pun kena ingat Allah.
    Btw, tqvm sbb follow and done follow back. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Biasa terjadi lah thats why i'll posted an entry on how to overcome and deal with this such things :P Hihi. :D Yuppp. Kalau igt yg di atas , insyaAllah everything gonna be fine (: Wc~

      Delete
  41. part yg stalk tu betol..haha,awal2 still boleh stalk,then dah tak bleh sbb si dia block sya. XD


    dah almost 3 tahun break up,tapi luka still terasa.now dia dah ada pengganti.saya?still tunggu prince charming =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa...Wait for your prince charming comes inside your life kay dear?? :D tak berbaloi kalau masih simpan lagi luka tu..Buang la..Buang perlahan-lahan..InsyaAllah..Akak doakan yang terbaik untuk awak eh.. :)

      Delete
  42. betul sgt la tu..dah break,break jer la..ni p cari penyakit sendiri stalking ex,mmg menangis2 r..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tu yang carik penyakit sndiri..hehe ;D

      Delete
  43. hahaha suka gila baca entry nie. baik pmpn ke laki ke kalau dah ptus tp still masing2 sayang mulalah nak stalk bagai. tapi hti sndiri sakit. sndiri cari nahas. haha

    ReplyDelete
  44. kita bertemu orang yang salah sebelum kita bertemu orang yang terbaik dan sesuai dengan kita. Sabar dan berdoa..ubat terbaik merawat duka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks 4 the comment kak Sha! :)

      Delete
  45. IMHO. bila putus cinta tu only time witll heal the pain..ade yang take a week to recover, ade yang take a month or year, in fact ada yang amik masa sehari untuk recover..its all depends on the time that we need..yet, we still can do something that can release the pain...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  46. yang penting gembirakan diri sendiri.. bersedih sehari dua tu normal la.. usah terus bersedih dan memendam rasa.. kita sakit dia happy je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..jangan dipendam lama2...kelak diri yang merana kan Kak Aiza.. :)

      Delete
  47. hidup memang perlu diteruskan.. live life to the fullest.. yeahh!!

    suka cara awak menulis.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaaa.. Yeahhh!!
      Life must be go on isn't it..Thanks dear.. Biasa2 je pun.. :D

      Delete
  48. Wow, precisely. *tepuk tgn. Don't be sad, Allah always be with us no matter what we do. Just repent and pray to Him for yourself to get a better life in future.

    ReplyDelete