30 November 2013

Kau Pasti Dia Jodoh Kau?

Pernah tak kau rasa macam down gila bila kau dikecewakan, rasa macam koyak rabak gila hati ni dengan sikap dan kelakuan seseorang yang kau anggap 'cinta'? Rasa sedih. Pedih kat hati ni?


Bila ditafsirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia tu sendiri yang tak cuba berfikir panjang. Bila kata-kata sudah tak seiring dengan rasa, bila pemikiran diselit dengan keraguan, dan bila akhirnya kita terluka, senang je kita buat konklusi semua yang berlaku ni sebab apa yang kita rasa. Then kita salahkan orang lain atau salahkan perasaan kita sendiri. 

"Ni semua salah aku! Bodoh lah aku ni! Kalau aku tahu semua ni akan jadi, aku akan minta semoga aku dengan kau tak dipertemukan oleh tuhan!"

Rasa kecewa bukan?
Heh. Ayat yang cliche sangat.

Aku rasa semua manusia kena belajar macam mana untuk merasai manis dan pahit dalam setiap yang mendatang, yang baik atau yang buruk. Kerana masalahnya begini adalah disebabkan kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang terlalu tinggi. Well. Tolong jangan letak harapan terlalu tinggi pada sesuatu perkara! Kalau kau jatuh, peritnya memang umphhh lah yang kau akan rasa nanti. "You may not be able to control every situation and its outcome, but you can control your attitude and how you deal with it."

Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Aku tak menidakkan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Rasa disayangi. Rasa dicintai. Siapa yang tak suka disayang kan? Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap kejadian yang menjadi pinjaman dunia semata. Kelakar juga bila dapat tahu perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. Manusia. Biasanya macam tu.

Ini bukan sekadar peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa. Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. Aku tak maksum untuk jadi seorang yang perfect dalam kehidupan aku untuk yang sekarang ni.

Tapi serius ni aku tanya?
Pernah tak terfikir tak si dia yang kau dambakan tu
mungkin bukan kau punya? :)



Dah bersedia? Jangan lupa. Tuhan tu bila-bila masa boleh tarik perasaan sayang, suka, cinta, rindu tu.
So. Get ready dan buat apa yang patut. Buat apa sekadar yang perlu. Kunci dia? Senang je.

Solat Istikharah. InsyaAllah. (: Kau akan dapat jawapan untuk segala persoalan kau tu.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

29 September 2013

Ubat Mujarab Selepas Break Up

Orang kata benda paling sakit dan seksa selepas sayangkan seseorang tu adalah putus. Bermaksud tiada ikatan official yang terjalin antara dua insan. Apa kau boleh buat? Teriak? Menangis tahap basah lencun bantal busuk kau? Rasa nak jerit, nak luahkan semua, tapi yang kau mampu rasa cuma kosong? Rasa roh kau secara perlahan-lahan ditarik, umpama jasad yang tak bernyawa. Kau nak tahu apa yang lagi perit dari putus cinta? Yang lebih sakit?

MOVE ON.
Fasa paling dibenci. Masa ni la semua lagu cinta kau caci, semua novel jiwang kau campak tepi, kalau kat tepi jalan nampak couple pegang tangan rasa nak sumpah seranah. Automatically kau teringat balik kenangan-kenangan lama korang. Pantang kau sensorang aja terus meroyan. Balang tubuh kau penuh tenaga negatif. Ada ke orang gila yang suka fasa moving on? Ada. Maybe orang yang mintak break up tu kot. Haha! Okay tak kelakar.


Makan, tidur, online, meroyan, menangis. Repeat that all day, rutin kalau tengah move on. Pastu stalking. Itu perkara biasa. Kalau boleh, ada satu tab memang bukak Facebook ex kau tu aja. Sendiri cari pasal, pastu sakit hati. Pastu depress. Ah, perkara normal betul. Esok lusa tetiba masa kau stalk dia, tiba dah pandai tegur perempuan/lelaki lain. Kau jeles? Ooppss, bantal kau pun masih basah lagi menangis sebab dia, memang lencun balik la jawabnya. Benda macam ni boleh buat orang jadi gila, kan? Takpe, aku sarankan kau chill aja dulu.

Kalau dalam fasa nak move on ni , ada certain things yang kau boleh / tak boleh buat. Aku senaraikan fasa-fasa tersebut kepada lima.



Pertama sekali! Buang semua pemberian si dia dan segala yang berkaitannya. Fasa pertama macam ni memang paling perit, ye aku tahu, air mata jatuh automatik, you just can't help it. Tapi siapa cakap senang? But it's the right thing to do! Unfollow terus, unfriend kat Facebook, buang contact, delete conversation, alihkan semua barang masuk dalam kotak, letak tepi. Buat apa mengenang benda yang lama? Nanti kau sendiri yang sakit bukan? 
Kedua!Beri motivasi pada diri sendiri! Wajib kena naik kan self-esteem, be confident about yourself.  Kau tulis lah apa-apa yang positif dekat blog ke, dekat facebook ke, tweet ke, anything else yang boleh jadi medium untuk kau menceriakan diri kau. Tunjuk yang kau KUAT walaupun kau tengah hadapi dugaan! Kadang-kadang kau terpaksa jugak mem'FAKE' kan senyuman kau kat depan orang lain. But it's better! Dari kau termenung je tanpa buat apa-apa, akhirnya makan diri kau sendiri jugak nanti. Kalau bukan diri kau sendiri yang memotivatekan diri kau, siapa lagi kan? It should be start from ourselves first. Faham tak maksud aku?
Ketiga!Cuba bergaul dan make new friends. Orang cakap kalau nak move on ni, kena cari rebound. Eh, tak semestinya. Rebound ni keji doe. Keji sebab gunakan orang lain yang tak bersalah semacam pengganti untuk hubungan kau yang terputus di tengah jalan sedangkan kau tak ada apa-apa perasaan pun pada dia. Please dear girls and boy! NO!. No one deserved to be involve in it. Aku nasihatkan baik kau jangan berani cuba-cuba nak rebound relationship ya! Why not kau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don't be a desperate! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti kau akan terkenang-kenang.


Keempat! Luang masa untuk diri kau sendiri. Cari masa untuk diri kau. Manjakan diri kau. Hamboi kemain lagi manjakan. Nampak sangat selama ni kau manjakan orang lain je kan?!! --' Go travelling ke, roadtrips*tu pun kalau kau banyak duit la*dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random. Jangan nekad bunuh diri ke apa bawak lelaju, tak ke naya kau bawak membe kau sekali sambil laju-laju drive. Haha! Kalau perempuan ni aku sarankan keluar buat foodhunting je! :D Chatime ke, Cakes, Chicken or whatever lah yang sedap-sedap. Kita kalau makan sedap-sedap kan mana nak ingat dunia betul tak? Heheh. Dont forget to get some adrenaline rush, baru semangat sikit kan nak hidup. Jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah..
Dan paling penting sekali, kau kena ingatkan diri kau, dalam dunia ni tak ada yang kekal abadi melainkan Tuhan kita yang satu tu. Kalau bertunang pun boleh putus tiba-tiba, yang berkahwin anak empat pun boleh bercerai-berai beb. Buat-buat lah mengucap kalau ada terasa anasir-anasir jahat yang cuma pengaruhi diri kau. Sebelum kau jumpa dia, boleh je hidup kau bertahun-tahun tak ada dia? Haaa cuma lah nasihatkan diri kau tu macam tu selalu. Nothing is impossible. Jangan fikir banyak. Lepaskan je dia yang nak pergi. Kalau merayu meroyan pun tak ada gunanya jugak. If it's meant to be, then it will be.

Dah dah. Lap air mata tu.
Satu hari nanti mesti ada yang sudi sapukan air mata kau tu.
Kena kuat. Okay?
:)